Sejarah ringkas sekolah
Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Temenggong Jugah adalah salah sebuah sekolah rendah yang terletak jauh di kawasan pedalaman 3 di Daerah Song dalam Bahagian Kapit, Sarawak. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan mula beroperasi pada penghujung tahun itu juga. Pada ketika itu, bilangan pelajar dan guru tidak ramai.
Bahasa Penghantar pada masa itu ialah Bahasa Inggeris.Kebanyakan murid-murid yang belajar di sekolah ini pada masa itu terdiri daripada murid-murid yang telah terlebih umur kerana umur tidak begitu diambil kira.
Semua pelajar yang belajar di sekolah ini terdiri daripada Kaum Iban yang mendiami kawasan di persisiran Sungai Bangkit dan Sungai Ayat. Terdapat 5 buah rumah panjang yang menghantar anak-anak mereka belajar di sini. Rumah-rumah panjang tersebut adalah seperti berikut;
1. Rh. Gasing, Nanga Meluan, Bangkit, Song
2. Rh. Layang, Sg. Ayat, Bangkit, Song.
3. Rh. Silo , Batu Pikul, Bangkit, Song
4. Rh. Langga, Kerangan Panjang, Bangkit, Song
5. Rh. Guyang, Tapang Nancham, Bangkit, Song
Pada masa ini semakin ramai penduduk rumah panjang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan ini telah menyebabkan bilangan pelajar di sekolah ini semakin berkurangan. Sehingga kini terdapat 31 orang pelajar sahaja yang masih belajar di sekolah ini.
Bilangan guru yang bertugas di sekolah ini pada masa ini ada seramai 12 orang termasuk guru besar, bilangan anggota kakitangan sokongan 8 orang dan bilangan pekerja swasta adalah 5 orang.