PIAGAM PELANGGAN
Guru-guru dan semua staf sokongan Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Temenggong Jugah, Song beriltizam menyediakan perkhidmatan berkualiti dan konsisten dalam;
- Proses Pengajaran & Pembelajaran berpandukan Falsafah Pendidikan Negara.
- Menyediakan peluang yang sama rata kepada semua murid untuk menikmati kemudahan asas yang ada.
- Peka kepada kehendak pelanggan seiringan dengan keperluan semasa.
- Mengamalkan budaya Bersih, Cekap dan Amanah dalam segala urusan.
- Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan sumber yang ada di sekolah ini.